Selasa, Julai 17, 2012

PANGLIMA TENTERA BERHENTI ROKOK...KONON!


Aik! Jangan camni bro... pehal plak nak berenti... isap kok lu...


Takkan baru sekarang nak tersedau brader... Isap jer... Enjoy Life... watpe nak tahan-tahan... Salem sedap tau... menthol...berangin... KAHKAHKHAKHAKAHKAHHHHHH

INI SATU CONTOH YANG BAGUS. SEKURANG-KURANGNYA DIA DAH BAGI CONTOH YANG BAIK KPD ANAK BUAH. NIAT YANG BAIK HARUS KITA SOKONG. 

Sebut anak pasal naak buah nih...ANAK BULAN RAMADHAN TAK LAMA LAGI NAK LAHIR... maka berpose lah kita sebulan. Puasa...jangan tak puasa...Jangan jadi setan... Setan kena ikat dgn rantai besi, siap dgn mangga sebesar buah mempelam...

Alaa...Barder...MENTANG-MENTANGLAH DAH NAK POSE SEBULAN RAMADHAN...BARU NAK BERENTI ROKOK.... malam isap balik... Jap...jap...sap kok lu!

Panglima Angkatan Tentera isytihar berhenti merokok mulai semalam






KUALA LUMPUR - Lebih 100,000 anggota tentera di seluruh negara wajar mencontohi Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin (gambar) yang mengisytiharkan bahawa beliau berhenti merokok mulai semalam.
Berusia 58 tahun, Zulkifeli yang merupakan perokok tegar mengambil keputusan tersebut kerana mahu seluruh anggota tentera tidak membazirkan wang untuk membeli rokok yang merosakkan kesihatan.
Langkah tersebut, kata beliau, adalah selaras dengan Kempen Perangi Rokok yang dianjurkan ATM ketika ini.
"Ramai anggota tentera yang merokok sedangkan ia amalan tidak sihat dan boleh menjejaskan fizikal serta kesihatan mereka.
"Sebelum ini saya seorang perokok tegar tetapi sempena kempen perangi rokok anjuran ATM yang sedang diadakan, saya mengambil keputusan untuk tidak lagi merokok.
"Jika tabiat ini tidak dihentikan dalam kalangan ATM, ia bukan sahaja mengganggu tahap operasi malah wang turut dibazirkan semata-mata untuk membeli rokok," katanya.

Tiada ulasan: