Isnin, Julai 09, 2012

GEMPAR! KEJADIAN AMOK PEDANG SAMURAI~!!!


AMARAN: ADALAH SATU KESALAHAN MEMBAWA PEDANG SAMURAI DI DALAM KERETA & TEMPAT AWAM. ANDA BOLEH DITANGKAP POLIS.

* Kenapa mengamok?  Kenapa sampai  keluar pedang samurai? Jangan camtu brader... kita bukan kat Jepun, kita kat Malaysia. Kat Malaysia takde Samurai...kita ada Pendekar jerr. Negara kita aman damai...kenapa nak jadi gila khinzir. Betul ke sebab nak gulingkan kerajaan atau  suratkhabar sudah putar alam?  Bawak-bawaklah bertenang...buat apa gaduh-gaduh. Rakyat Malaysia mahu hidup aman damai... CUKUP-CUKUPLAH JADI BODOH. Akan tetapi kalau berita ini memang benar berlaku...maka memang stok bangang tahap khinzirlah pasangan nih. Tapi kalu ini berita yang ditokok tambah...maka RAKYAT MALAYSIA KENA TIPU! Sulaaaat Kabaaa Laaamaaaaaaa~!!! HAIYAAAA...lu olang....

Pasangan mengamuk di perkarangan JPM

PUTRAJAYA 9 Jun - Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini kecoh apabila seorang lelaki dan wanita cuba menceroboh bangunan tersebut sambil membawa pedang samurai.
Lelaki bertubuh sasa dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.
Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.
Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.
Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.
Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
Kedua-dua suspek dikatakan memberitahu mahu menggulingkan kerajaan dan melaungkan perkataan takbir beberapa kali. - UTUSAN

Tiada ulasan: