TAHNIAH DATO' KADIAQ... SAYA SANGAT SUKA DENGAN CARA PENULISAN DATUK... ADA "STYLE'... TERIMA KASIH KERANA PERNAH TERBITKAN KOMEN SAYA DIDALAM BUKU DATUK walaupun sedikit cuma. SAYA AMAT MENGHARGAI.
DATUK KADIR JASIN MEMANG WARTAWAN OTAI... WARTAWAN GENERASI OLD SCHOOL...SYABAS!
A Kadir Jasin tokoh wartawan negara 2011
Ketua Pengarang Berita Publishing Sdn Bhd Datuk A.Kadir Jasin hari ini dianugerah Tokoh Wartawan Negara sebagai menghargai sumbangan beliau selama 43 tahun dalam bidang kewartawan.
A.Kadir, 63, menerima hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 dan sijil di majlis penganugerahan Tokoh Wartawan Negara Hadiah Kewartawanan Malaysia 2011 anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI)-Petronas di Hotel Royale Bintang Damansara.
Anugerah disampaikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Antara wartawan veteran yang pernah menerima anugerah itu ialah Tan Sri A.Samad Ismail, Tan Sri Lee Siew Yee, Tan Sri Mazlan Nordin, bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin dan Datuk Liew Chen Chuan.
A.Kadir yang terkenal dengan gelaran tukang cerita 'versatile' mula melibatkan diri dalam dunia kewartawanan sebagai pemberita kadet di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) pada tahun 1969.
Setelah itu, beliau berhijrah ke Business Times untuk menceburi bidang kewartawanan ekonomi dari tahun 1976 hingga 1984, dan pernah memegang jawatan Pengarang Bersekutu Business Times.
Beliau juga pernah dilantik ke jawatan penolong pengarang kumpulan Berita Harian dan seterusnya pengarang kumpulan itu pada tahun 1986.
Pada tahun 1988, selama 10 tahun A.Kadir dilantik sebagai Pengarang Kumpulan The New Straits Times dan seterusnya Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (M) Berhad dari tahun 1998 hingga 2000.
A.Kadir kemudian menerajui syarikatnya sendiri yang terbabit dalam penerbitan beberapa majalah dan buku selain aktif dalam penulisan blog 'The Scribe'.
Blog beliau pernah mencatat hits sebanyak 5.27 juta - satu angka yang membuktikan keberkesanan wacana beliau yang jarang dilihat di kalangan wartawan tempatan.
A.Kadir juga menulis beberapa buku antaranya Membangun Bangsa dengan Pena (2009), Komedi dan Trajedi - Latest in Contemporary Malaysian Politics (2009), PRU 2008 - Rakyat Sahut Cabaran (2008), Blogger (2006), Damned that Thots (2006), Mencari Dugalia Huso (2006) dan The Wing of an Eagles (2003).
Selain itu, beliau juga diberi kepercayaan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menterjemah buku 'Memoir Doctor in the House' ke dalam Bahasa Melayu.
Dalam ucapan penghargaan, A. Kadir berkongsi pengalaman beliau membuat liputan Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj ketika masih menjadi wartawan muda.
Justeru, beliau menasihati wartawan muda kini supaya berani dan tidak teragak-agak untuk bertanya soalan kepada pemimpin, termasuk Perdana Menteri.
"Menjadi pemberita mudah. Tetapi sukar untuk menjadi wartawan yang unggul dan berguna kepada masyarakat. Ia memerlukan ketekunan, keberanian dan pengorbanan," katanya.
- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan