curik kapcai watpe beb! kalu terer sangat..try laa cilok ini moto... ada bran? tau takuttttt...
Ni baru kapla bapak borek, kapla anak rintik. peribahse melayu stylo. Musti ramai org kat luar sana yang geleng kapal baca tajukberita nih... angguk-angguk...geleng-geleng.
Ibarat Ketam mengajar anaknya merempit. Apa nak jadilah ko ni Samdol Bedol. Orang lain time bulan ramadhan ni laa kaut pahala sebanyak-banyaknya..engko plak pergi tambah dosa. Kalu satu ari ada selisih paham then anak ko dah x reti nak hormatkan ko sebagai sorang bapak dan hentam kapla ko dengan helmet Arai Fullface...jgn salahdia ya Bedol...tapi salahkan diri ko sandri.
Ko sebagai kapla bapak patut tunjukkan contoh teladan yg baik. Ketua keluarga. Imam Sembahyang. bukan imam baik punye cilok!
Sandri makan pengat, sandri mau hingat!
Bapa ajar anak curi motosikal
KOTA KINABALU - Seorang bapa seharusnya memberi contoh baik kepada anak-anak namun lain pula yang berlaku kepada seorang ketua keluarga yang menurunkan ilmu menjadi penjenayah kepada ketiga-tiga anak lelakinya.
Lelaki berusia 47 tahun itu dipercayai memberi latihan kepada ketiga-tiga anaknya yang berusia 18 hingga 25 tahun untuk mencuri motosikal untuk dijadikan sumber rezeki.
Bapa dan tiga orang anak lelakinya itu diberkas pada pukul 12.40 pagi, 25 Julai lalu di sebuah kedai berhampiran kawasan Taman Putera Jaya, Telipok.
Ketiga-tiga anak lelaki tersebut masih bujang. Empat beranak itu penganggur.
Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata, penangkapan empat beranak itu ekoran laporan seorang mangsa yang kehilangan sebuah motosikalnya di sebuah institusi pengajian tinggi di bandaraya ini baru-baru ini.
Menurut beliau, bersama dengan penangkapan tersebut polis merampas tiga buah motosikal curi jenis Honda EX5 bersama empat beranak terbabit.
"Soal siasat terhadap empat beranak berkenaan membawa kepada penahanan suspek kelima berusia 26 tahun di tepi jalan di Taman Putera Jaya," kata beliau,
Suspek kelima itu dipercayai bersubahat dengan empat beranak itu untuk melakukan jenayah curi motosikal sejak April lalu.
Nilai rampasan membabitkan tiga buah motosikal itu berjumlah RM10,000.
Ahmad Sofi memberitahu, modus operandi pencuri motosikal itu ialah menyasarkan motosikal yang diletakkan di kawasan tersembunyi di sekitar bandar raya ini.
"Penjenayah tersebut menggunakan pemutar skru bagi membuka enjin motosikal sebelum menyambungkan wayar untuk menghidupkan enjinnya," kata beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan