Ahad, Julai 22, 2012

BUKA PUASA DI JALAN TAR


baca Koran. tambah pahala. buang bala. hidup berubah semakin baik. penyelamat dunia akhirat. amin.


Keindahan ramadhan ini terasa dihati. Melekat disanubari.


Petang semalam cuba untuk meninjau di Jalan Tunku Abdul Rahman; atau sinonimnya Jalan TAR. Ku sangkan sibuk dan kecoh...rupa-rupanya lengang lengang kangkong.


Warga kota pulang ke desa dan kampung, menyambut puasa pertama dengan ibu bapa, adik kakak, abang pakcik makcik dan sanak saudara. Nikmatnya tak terhingga...


Itulah keindahan di bulan ramadhan... samada di kota atau desa...semuanya indah belaka. Angin sepoi-sepoi bahasa bertiup di petang ramadhan sementelah menunggu azan Maghrib berkumandang...


ikan pekasam, tempe goreng, kuah kari. alhamdulilah.

Tiada ulasan: