Khamis, Julai 12, 2012

ISTERI BILLONAIR MATI KENA BUNUH? ADA AKU KESAH?


Jeng...Jengg...Jenggg... siapa punye kerja ini? Adakah perempuan ini dibunuh oleh suaminya sendiri, ketika kapla masing2 tengah stone? 


Inilah dunia yang penoh pancaroba. ADA DUIT BERBILION-BILION TAPI SAYANG HATI BERDUKA LARA. Tak Bahagia. Tak Hepi. HATI TAK TENANG-TENANG. MINUM WINE PUN TAK TENANG_TENANG... MABUK... ilang problem sekejap. Bila dah tersedau...Terbongak-bongak balik. Isap dadah pun sama...mula-mula ingat nak bagi ilang masalah...last-last bertambah-tambah bermasalah.
PEWARIS PEMBUNGKUS TETRA PAK tuuuuu... DIULANGI TETRA-PAK. Takkan lu orang tak perasan beb. Korang pernah beli susu kotak kan... Takkan lu orang tala pelasan perkataan TETRAPAK ada tertulih kek situ.

SENANG CITER...INI SUME JENIS MANUSIA BANGANG LAGI TATAU BERSYUKUR KPD TUHAN.

ADA DUIT TAPI ISAP DADAH. JADI MAT PET... baik duit tu guna masak LAUK GULAI KAWAH ATAU SUP DAGING...jgn lupa bagi sekali ROTI PERANCIS... sejuk-sejuk sedap makan. TU KAT LUAR TU...BERAPA BANYAK ORANG SEDANG KELAPARAN DAN KEBULURAN....

SANDRI MAKAN PENGAT...SANDRI LA MAU HINGAT BRADER!!!


Isteri anak bilionair ditemui mati

GAMBAR fail menunjukkan Eva dan suaminya.


LONDON - Seorang wanita yang merupakan antara terkaya di Britain, Eva Rausing ditemui mati di kediaman mewahnya di sini pada Isnin lalu.
Penemuan mayat wanita berusia 48 tahun dibuat selepas polis menahan suaminya, Hans Kristian Rausing yang merupakan pewaris empayar syarikat pembungkusan TetraPak yang bernilai AS$6.7 bilion (RM21.29 bilion) pada hari yang sama kerana memiliki dadah.
Syarikat itu milik bapa suami Eva.
Susulan tangkapan tersebut, polis menyerbu kediaman mereka di sini dan menemui mayat mangsa.
Suami Eva masih ditahan bagi membantu siasatan.
Satu bedah siasat lanjut dilakukan ke atas mayat Eva semalam selepas prosedur autopsi pada hari sebelumnya gagal mengenal pasti punca kukuh yang menyebabkan kematian mangsa.
Polis juga masih gagal merungkai kes tersebut tetapi Rausing dan suaminya dilaporkan memiliki masalah ketagihan dadah sejak sekian lama.
Mereka pernah ditahan kerana memiliki dadah pada 2008 selepas Eva ditangkap ketika cuba menyeludup sejumlah kokain dan heroin di dalam beg tangannya ke dalam Kedutaan Amerika Syarikat di London. - Agensi

Tiada ulasan: