Ahad, Julai 15, 2012

ORG POLITIK ROSAKKAN NEGARA - MUSA HASSAN


Aummm... Auuuummm....uuuMMM...meow!

Nampaknya Harimau Pencen mengaum lagi. Kali ni ngaumannya semakin kuat. Duduk diam-diam sudahlah... makan pencen. Duduk di Mesjid, berwirid. Zikir...banyak-banyak...


Musa Hassan Orang politiklah yang banyak merosakkan negara 

Oleh Amin Iskandar July 14 2012 

Bekas ketua polis negara KPN Tan Sri Musa Hassan menafikan dakwaan presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah mengenai polis cawangan khas SB yang dikatakan hanya memberikan tumpuan memantau aktiviti politik berbanding memerangi jenayah “Polis menjaga keamanan dan keselamatan semua dan mana-mana orang yang jaga keselamatan negara dia perlu memantau “That means pemantauan-pemantauan perlu dibuat bukan sahaja kepada penjenayah-penjenayah termasuk juga kepada orang-orang politik yang nak merosakkan negara dan yang selalunya merosakkan negara ini orang politiklah” kata bekas KPN itu gambar semasa diwawancara oleh The Malaysian Insider semalam Dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR baru-baru ini Dr Wan Azizah turut mempersoalkan tentang mengapa masih belum ada maklumbalas dari menteri dalam negeri tentang persoalan yang beliau bangkitkan minggu lepas “Mengapakah pihak SB melebihkan aktiviti mengintai rakyat sendiri daripada mencegah aktiviti jenayah “Rakyat dan PKR akan terus menanti jawapan daripada pihak yang bertanggungjawab ” kata Dr Wan Azizah lagi Menurut bekas KPN ahli-ahli politik tidak kebal dari undang-undang baik dari parti kerajaan mahupun pembangkang “Tidak betul dakwaan dia Wan Azizah itu polis memantau semua perkara termasuklah ahli-ahli politik sekali “Kalau dia orang politik buat sesuatu yang menggugat keselamatan negara kita polis perlu bertindak “Orang politik tidak kebal dari undang-undang baik dari pembangkang mahupun kerajaan ” kata Musa lagi.

Tiada ulasan: