Isnin, Julai 23, 2012

SKETSA RAMADHAN KE-3 (CATATAN PERIBADI)



ramadhan ke-3.

hari ini sesuatu yang indah.
hampir saja kopak RM150
jika turutkan air liur yan kecur ini
kambing bakar berempah
lampu liplap seolah macam esok dah raya
hotel. restoran. buffet terhebat!

pikir punya pikir
makan nasik campor
kuah asam pedas, ayam kampung goreng, tahu cili 6 ketul. ikan keli goreng tepong, sayur kailan,
bayar 14 ringgit.
kenyang juga.
sedap juga.
tapi murah.
sedap tak terkata.

inilah jiwa bila berpuasa
terasa nak masukkan semua
nafsu besar kudrat tiada
bila berbelanja berpada-pada

bergembiralah jiwa
esok masih menikmati puasa.

Tiada ulasan: