isu bodo untuk pembaca bodo. tutup kes. kemon lah...plzzz... tak kuasa i nak layan...
Nik Aziz kecewa laporan warga emas cerai
12 Julai 2012
MACHANG - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa dengan laporan suami isteri warga emas di Pasir Mas bercerai selepas 15 tahun bersama akibat perbezaan fahaman politik.
Menteri Besar Kelantan itu menegaskan, dalam keadaan sekarang, politik bukan sahaja berlaku dalam konflik keluarga malah perkara yang sama berlaku dalam institusi kerajaan.
"Ini mengecewakan saya, isu ini sama dengan Kelantan didiskrimasikan oleh Kerajaan Pusat sebab politik. Kenapa ada JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan) di Kelantan kalau bukan sebab politik. Ini bahaya.
"Kenapa politik dijadikan batas atau penghalang. Perkara ini mendukacitakan," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas perceraian seorang guru agama dan suaminya.
Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian projek pembangunan tanah, anak muda Kelantan di kampung Selimbar, Ulu Sat, di sini, hari ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan