Selasa, Julai 17, 2012

LATHEEFA KOYA LAWAN KHALID IBRAHIM!


Jangan camtu Latheefa... Latheefa ada koya... Tuanku Khalid Berahim takde koya... Tapi Latheeeefaaa kena ingat Pak Khalid... MB Selangor... Walaupun Latheefa ada Koya...tapi you bukan MB. Menteri Besar ialah ketua... Jangan lawan tauke... kalau anak ikan bawal dah mula nak jadi ikan Piranha... MB mesti kasi racun tuba awal-awal... KERAJAAN PAKATAN DISELANGOR MESTI MENDAHULUI INDIVIDU...Lagipun Tuanku Khalid IBrahim suka tersenyum...dia dah hantar utusan diraja... Wak Khusrin Munawi.

Wak Khusrin ni dulu dia orang UMNO. Dulu dia suka pakai songkok tinggi....sekarang taat setia dia sudah beralih arah kpd Pak Khalid Berahim, dah jarang pakai songkok 7 inci....Dia sudah jadi Pawang Di Raja, imej kena jaga... sama ada dia betul-betul setia atau sekadar pelakon tambahan kita akan tau jugak nanti...


Baik Kak Latheefa pikir masak-masak...sama ada masih berminat nak aktif berpolitik atau nak buka Rsetoran Mamak 24jam...LATHEEFA MAJU CURRY HOUSE.... lagi untung besar....Masyuuukkk...x hingat!


KAHKAHKAHKAHKAHKAHKAHHHHHHHHHHHH



Latheefa Koya letak jawatan ahli majlis MBPJ akibat perselisihan dengan MB

TERKINI @ 08:38:10 PM 16-07-2012
July 16, 2012
PETALING JAYA, 16 Julai — Peguam lantang PKR, Latheefa Koya meletak jawatan sebagai ahli majlis Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pagi ini.
Perletakan jawatan ini dipercayai akibat daripada arahan Menteri Besar (MB) Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meminta Latheefa agar menghantar surat tunjuk sebab menjelaskan mengapa beliau mengkritik pentadbiran adun Ijok itu.
Latheefa Koya juga merupakan ‘ketua whip’ bagi ahli majlis PKR di MBPJ.
Selain itu, beliau juga merupakan ahli kepada “One Stop Centre” (OSC) yang meluluskan sebarang projek di MBPJ.
Latheefa Koya mengesahkan telah menghantar surat perletakkan jawatan yang berkuat kuasa serta merta apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider sebentar tadi.
“Sah, saya sudah letak jawatan.
“Selebihnya saya tak mahu komen,” kata Latheefa.
Surat perletakan jawatan yang dikirim melalui email kepada The Malaysian Insider sebentar tadi menyatakan perletakan jawatan disebabkan oleh tindakan Latheefa menghantar email kepada pimpinan tertinggi PKR — mempersoalkan MB Selangor berkenaan perumahan rakyat miskin dan tidak berkaitan dengan hal MBPJ.
“Akibat daripada email tersebut, saya difahamkan MB dan Exco negeri telah bersetuju untuk memecat saya sebagai ahli majlis MBPJ.
“Perkara ini telah menjadi pengetahuan umum dan jawatan saya sebagai ahli majlis MBPJ tidak dapat dipertahankan lagi.
“Oleh itu, saya meletakkan jawatan sebagai ahli majlis MBPJ dengan serta merta,” kata Latheefa dalam surat perletakan jawatannya.
Orang lama PKR Selangor, Senator Syed Shahir menghormati pendirian Latheefa Koya untuk meletakkan jawatan akan tetapi meminta beliau untuk mempertimbangkan semula keputusan tersebut.
Syed Shahir juga meminta agar kerajaan negeri dan Latheefa Koya menyelesaikan konflik ini secara musyawarah demi kepentingan PKR dan Pakatan Rakyat (PR) dan PRU yang akan berlangsung tidak lama lagi.
“Saya terkejut apabila diberitahu tentang isu ini.
“Kalau boleh saya minta Latheefa mempertimbangkan semula perletakan jawatan tersebut oleh kerana beliau adalah seorang yang bekerja keras dan banyak menguntungkan parti,” kata Senator yang baru mengangkat sumpah bulan lalu ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider.
Sumber dalaman PKR yang tidak mahu namanya diketahui umum memberitahu The Malaysian Insider bahawa sebelum ini, Khalid Ibrahim telah mengarahkan setiusaha kerajaan negeri, Datuk Khusrin Munawi untuk menyediakan surat pemecatan Latheefa.
“MB langsung tidak boleh dikritik dan tindakan memecat Latheefa membuktikan beliau bertindak seperti seorang CEO syarikat Sdn Bhd berbanding sebagai seorang ahli politik,” kata sumber itu lagi.
Menurut sumber itu lagi, isu pemecatan Latheefa telah dibincangkan dalam mesyuarat mingguan Exco Selangor minggu lalu.
Belum pun reda isu pemecatan Latheefa, telah berlaku lobi-melobi di kalangan ahli majlis MBPJ PKR untuk merebut jawatan ‘ketua whip’ yang ditinggalkan oleh Latheefa.
Menurut sumber dalaman PKR yang tidak mahu namanya diketahui umum, ‘ketua whip’ akan membuat keputusan siapa yang bakal berada dalam jawatankuasa tender.
“Ramai berebut untuk jadi ketua Whip supaya dapat duduk dalam tender board(jawatankuasa tender).
“Bila dapat jadi tender board, kayalah mereka.
“Inilah perangai orang PKR hari ni, langsung tak sayang parti, jaga perut masing-masing je,” kata sumber itu lagi.
Azmin Ali adalah pengerusi PKR bagi negeri Selangor, jawatan yang beliau ambil alih dari Khalid Ibrahim selepas pemilihan PKR tahun 2010.
Selepas berlakunya pengasingan antara kepimpinan parti dan kerajaan negeri Selangor, banyak urusan-urusan seperti perlantikkan ahli majlis PKR tergendala akibat berlakunya perselisihan antara kepimpinan parti dan kerajaan negeri.

Tiada ulasan: