Selasa, Julai 24, 2012

GULAI KAWAH TERHEBAT DI BULAN RAMADHAN!


Ni baru 'the most delicious bukak puasa in the world'... World cannot challenge lah!


Ni baru tradisi. Baru betul-betul asal usul bangsa melayu yang kaya dengan tradisi masakan seni melayu. Baru puasa. Baru Ramadhan! HAHAHAHAAAAA

LAZAT. ENAK. ESTETIK. ASRTISTIK. WORLD. NYAMAN. PENYERI HIDUP YANGBERDUKA LARA. SEDAP. BAHAGIA. ASAL USUL MASAKAN MELAYU LAMA. 

Aduh! Nyawa kami terseksa...bila bertemu Cik Puan Jelita!... 5 STAR******! 

Apa sangatlah makan buffet kat Hotel tuh...takde rasa. takde seni. INI BARU BETUL GULAI KAWAH ASLI!

Gulai kawah rias batang pisang laris di Baling



ABD. MALIK (kanan) memasak gulai kawah di gerainya sambil diperhatikan para pelanggan di Bazar Ramadan pekan Baling semalam.



BALING - Gulai kawah campuran rias batang pisang dengan daging atau tulang lembu sudah tidak asing lagi kepada masyarakat di sini.
Peniaga gulai kawah, Abd. Malik Mat Khir, 45, berkata, dia terpaksa mendapatkan rias batang pisang daripada sekurang-kurangnya 10 pokok pisang setiap hari untuk dimasak bersama daging cincang atau tulang lembu.
Abd. Malik yang berpengalaman memasak gulai kawah hasil belajar daripada tukang masak kenduri kahwin, memberitahu, bukan semua gulai kawah mampu menarik minat dan selera pembeli.
Katanya, warna kuahnya yang kekuningan dan cair mampu menarik selera pembeli.
Abd. Malik berkata, ramuan rempah untuk membuat gulai kawah adalah daripada jenis serbuk kari yang sesuai yang tidak terlalu pedas dan tidak berkuah pekat.
Menurutnya, sejak dua hari berniaga di pasar Ramadan pekan Baling, setiap petang lebih 300 bungkus gulai kawah dijual kepada pelanggan.
Bermula pukul 3 petang, Abd. Malik akan mula menumis bahan gulai di bazar Ramadan itu dan menjualnya seawal pukul 5 petang dengan harga RM3 sebungkus.

Tiada ulasan: