Pernah sekali pada waktu bulan ramadhan, dekat-dekat waktu nak berbuka puasa...aku naik motoiskal kapcai di pasar minggu kg. baru.
jalan sempit. kereta beratur panjang. trafik jam. ramai orang berebut membeli kuih muih dan juadah berbuka puasa. jam menunjukkan pukul 7 lebih. bla-bila masa sahaja lagi azan akan dilaungkan.
azan maghrib berkumandang. beralun-alun. orang didalam restoran dan warung tepi jalan mula berdoa. bukak puasa.
jalan sempit. motosikal pun tak dapat bergerak.
tiba-tiba terdengar satu suara keras terpekik terlolong macam orang kurang sium. lebih kurang begini bunyinya, " Woiii anak har*^#*... Ba^^%@$$.... Sia& punya kereta. Tepilah...orang lain pun nak buka puasa~!!!"
seorang lelaki, yang wajahnya aku ingat-ingat lupa. tapi pastinya... muka hodoh. sebab akhlak dia hodoh. macam binatang.
Lelaki yg aku rasa bermisai tebal, kurus kering tunggang motosikal kapcai itu...mengamuk dalam trafik jam.
orang di sekeliling melihat perangai setan dia. dia berlagak selamba...bak kata pepatah pepitih...'jenis muka tampal kulit babi'...
dia terus mencarut dan mengamuk tak tentu hala. orang ramai menggelng kepala, ada yang mencebik dan ada pula yang tersentum sinis. tiada sesiap yang takut...akan tetapi ramai yang menyampah tahap barbulu habis.
seorang budak perempuan, yang kelihatan seperti seorang pelajar universiti bertanya kepada kakak disebelahnya, " kenapa orang tu kak?"
"biasalah...mangkuk hayon tak tahan lapar. orang lain puasa kerana Allah...dia puasa sebab nak beli makan kat pasar ramadhan." Kakak berumur dalam lingkungan awal 30an itu menerangkan sambil tersenyum sinis. wajahnya tetap cun. bibirnya basah. matanya bercelak.
lantas pelajar perempuan itu berkata, "OOOoooo.... setan baru nak belajar berpuasa kot. Seumur hidup baru sekali ni berpuasa agaknya..."
Kejadian ini berlaku kalau tak silap dalam tahun 2001-2003. Aku ingat-ingat lupa. Ini kisah benar. Kejadian yang benar-benar berlaku.
Moral Cerita: Lu pikir laaa sandri!... Jangan ikut perangai setan. Berpuasalah kerana ALLAH. Bulan ramadhan kena bersabar sedaya yang termampu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan