* sedap udang kara nih...masak goreng tepong...mashukkk...
Udang Oh Udang... kenapa engkau mahal sangat? Semua orang nak ternak engkau wahai udang. Ingat tak dulu kes ternak udang harimau kat Kerpan, Kedah... habis tanha org kampung...
Tapi yang ini ok sikit kowt... sebab tanha Noh Omar sandri... yang tak ok cuma pada Conflict Interest... kira macam adik beradik rasuah salah guna kuasa jugak nih...
Mari kita lihat siapa yang kena checkmate. Tapi rasanya Noh Omar bukan calang orang...dia dah lama dalam politik...Noh Omar gergasi Selangor...
DAP dakwa ada projek udang atas tanah Noh Omar
ADUN Sekinchan Ng Suee Lim hari ini mendakwa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar terlibat dalam konflik kepentingan apabila didakwa membuat persetujuan membabitkan satu perusahaan ternakan udang pada tahun lalu.
Ng mendakwa satu kaveat persendirian dibuat ke atas sebidang tanah seluas 30 ekar di Tanjung Karang - seluas kira-kira 15 padang bola - yang dimiliki Noh yang juga ahli Parlimen Tanjung Karang.
Dalam perjanjian tersebut, Noh memberi kebenaran kepada syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd untuk mengusahakan ternakan udang di tanah tersebut selama 10 tahun, dakwa Ng.
Perkara itu jelas merupakan satu konflik kepentingan kerana projek usahasama itu berada di bawah portfolio menteri berkenaan, dakwa Ng.
Ng membuat pendedahan tersebut ketika membentangkan usul di DUN Selangor, bagi menyekat wakil rakyat Selangor dan ahli majlis di negeri tersebut daripada membeli tanah semasa tempoh khidmat mereka.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Ng mendakwa tanah berkenaan didaftarkan pada 21 Oktober 2009.
Seorang pengarah syarikat Pristine Agrofood, Chu Bak Teck ketika dihubungi lewat petang ini berkata Noh tidak terlibat dalam perusahaan itu dan hanya merupakan pemilik tanah berkenaan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan