Teringat aku time ramadan taun lepas.... aku duduk selang 2 meja drp Obama. Presiden Amareka sempat senyum kat aku. Tapi aku buat selamber dek...macam xde perasan. Bila dia tengok aku tak bagi respon... dia tertunduk malu. Berubah gila muka Obama time tuh...
Minggu depan aku pergi bukak puasa kat White House, Washington DC. Jeles Laateeewww...
Tahun lepas aku pergi macam-macam ada. Kambing bakar, Air tembikai, Nasi himpit kuah kacang, Kek Sarawak. Tahun ni tatau laa dorang nak jamu apa.
Aku makan jer...janji halal dan tayyibah...
Obama: Saya nantikan iftar di Rumah Putih lagi
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan isterinya Michelle hari ini menghantar ucapan selamat menyambut Ramadan kepada umat Islam di seluruh dunia terutama orang Islam di Amerika.
Obama berkata Ramadan tahun ini membawa makna yang istimewa kepada rakyat di Timur Tengah dan Afrika Utara yang berani mencapai demokrasi dan penentuan diri dan bagi mereka yang masih bergelut mendapatkan hak universal mereka.
"Amerika terus berdiri bersama-sama mereka yang mencari peluang untuk memutuskan nasib mereka sendiri, untuk hidup bebas daripada keganasan dan kekejaman dan untuk bebas mengamalkan kepercayaan mereka," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur, hari ini.
Obama berkata di Amerika, Ramadan mengingatkan mereka bahawa Islam merupakan sebahagian daripada jalinan yang mewujudkan masyarakat di negara itu, dan dari perkhidmatan awam kepada perniagaan, dari penjagaan kesihatan dan sains dengan seni, orang Islam Amerika membantu mengukuhkan negara dan memperkaya kehidupan Amerika.
"Walaupun Ramadan mempunyai makna yang mendalam bagi 1.5 bilion orang Islam di seluruh dunia, ia juga satu peringatan kepada semua umat manusia bagi semua kepercayaan berhubung komitmen terhadap keadilan, kesaksamaan dan belas kasihan yang dikongsi bersama oleh semua agama besar.
"Atas semangat itu, saya berharap satu bulan penuh keberkatan bagi umat Islam di seluruh Amerika dan di seluruh dunia dan saya menanti-nanti untuk sekali lagi menjadi tuan rumah majlis iftar (berbuka puasa) di White House. Ramadan Kareem," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan