Isnin, Julai 09, 2012

AMARAN:FOTO-FOTO LELAKI MENGAMOK PAKAI PEDANG SAMURAI DI DEPAN JPM.



FOTO DARIPADA PELBAGAI SUDUT.

LELAKI INI BARU LEPAS MENGAMOK BERSENJATAKAN PEDANG SAMURAI DI PERKARANGAN JABATAN PERDANA MENTERI, PUTRAJAYA PADA PETANG TADI. MOTIF??? 



Lelaki berperot BOROI dan tidak berbaju itu bersama pasangannya yang berhijab hitam kelihatan masuk di pondok pengawal keselamatan pada pukul 2.30 petang.
Bagi mengelak kejadian tidak diingini pasangan tersebut diminta masuk ke perkarangan bangunan.
Bagaimanapun, kedua-duanya bertindak ganas memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan B1 yang menempatkan Biro Pengaduan Awam.
Anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk pasangan tersebut bagaimanapun gagal memaksa tembakan dilepaskan.
Suspek lelaki yang berseluar jeans cedera di tangan kanan, manakala pasangannya di paha kiri. Kedua-dua dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.


Tiada ulasan: