Gadis manakah tidak terpegun melihat kesasaan bentuk badan seperti ini. Jadi jangan salahkan bekas pelajar UIA, Muhdalina Ahmad 28,boleh terkantoi dgn mamat nih. Wah begitu seksi sekali...ouch!
Macam model seluar jeans LEVI's pun ada. TAPI MENGAPA TIBA-TIBA MAHU MENGAMUK KAT DEPAN JPM? SAKIT MENTAL? DAH BERAPA LAMA SAKIT MENTAL? KENAPA TAK MAKAN OBAT?
BETULKAH ADA AJARAN SESAT TERLIBAT? AJARAN AYAH PIN KA? TAPI RASANYA BUKAN...KALAU TAK DAH LAMA DIA NAIK KE LANGIT BILA DAH TERDESAK.
ADAKAH DIA DI HIPNOTESIS SEHINGGA JADI GILA???
Ajaran sesat punca amuk
KUALA LUMPUR 10 Julai - Lelaki yang mengaku sebagai Imam Mahadi bersama seorang wanita yang menceroboh dan mengamuk di pekarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya petang semalam, disyaki mengalami masalah mental setelah mengikuti satu kumpulan ajaran sesat.
Khalil Afandi Abdul Hamid, 47, dan Muhdalina Ahmad, 28, turut dipercayai tidak mempunyai sebarang temu janji untuk menemui mana-mana individu ketika menceroboh masuk ke premis tersebut.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kedua-dua suspek kemudian meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan yang dikatakan tidak mengamalkan pemerintahan Islam.
Katanya, tindakan Khalil Afandi yang melibas-libas pedang samurai sepanjang 0.6 meter dan perkataan yang diluahkan kedua-duanya semasa insiden mencemaskan itu jelas menunjukkan mereka mengalami masalah mental.
"Polis percaya kejadian amuk itu ada kaitan dengan pengaruh ajaran sesat yang diikuti mereka. Jika lihat pada apa yang diucapkan (semasa kejadian), mereka terlibat dalam ajaran sesat, tetapi kumpulan mana (mereka sertai) kita akan siasat.
"Kedua-dua suspek itu yang telah berkahwin dengan pasangan masing-masing, datang nak meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan," katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Pada perhimpunan itu, seramai 11 anggota polis yang cedera ketika bertugas pada perhimpunan haram Bersih 3.0 menerima bantuan wang tunai sebanyak RM500 setiap seorang bagi meringankan beban termasuk kos perubatan.
Menurut Mohmad, semasa insiden itu, polis menemui dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging bertulisan jawi di lokasi kejadian.
"Semua senjata itu dihantar ke Jabatan Kimia untuk siasatan selanjutnya," katanya.
Dalam kejadian itu, Khalil Afandi yang mengaku sebagai Imam Mahadi terbunuh manakala graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Muhdalina cedera selepas terkena tiga das tembakan yang dilepaskan oleh polis.
Dua suspek itu yang bersenjatakan sebilah pedang samurai, keris dan pisau dikatakan bertindak di luar batasan dengan mengacu senjata ke leher seorang polis bantuan sebelum menceroboh kawasan bangunan tersebut dan memecahkan dua buah kereta milik kakitangan JPM.
Ekoran tindakan agresif itu, polis terpaksa melepaskan tembakan pada tangan kanan dan bawah perut Khalil Afandi yang juga pengendali blogjayanegara1234@blogspot.com.my.
Lelaki itu meninggal dunia setengah jam kemudian di Hospital Putrajaya manakala Muhdalina yang cedera di paha kanan dirawat di hospital sama dan direman semalam bagi membantu siasatan.
Mengulas lanjut, Mohmad berkata, pasangan yang dipercayai baru berkenalan sejak seminggu lalu menerusi laman blog itu dikatakan datang ke kompleks tersebut dengan menaiki sebuah kenderaan.
Mohmad memberitahu, pihaknya menjalankan siasatan lanjut untuk mengesan kenderaan itu dan penglibatan individu lain dalam kes tersebut yang disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cuba membunuh.
Selain itu, ujarnya, kes tersebut turut disiasat di bawah tiga akta lain iaitu Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 506 kanun yang sama dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan.
"Hasil pemeriksaan, kedua-dua suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau," katanya.
Beliau menambah, tahap kawalan keselamatan di bangunan tersebut setakat ini adalah memadai bagaimanapun penugasan rondaan oleh polis berpakaian uniform dan preman akan dipertingkatkan.
"Kita memberi maklumat berdasarkan kejadian sebenar, tiada tokok tambah dan siasatan dijalankan secara telus," katanya.
Sehubungan itu, Mohmad menasihatkan orang ramai supaya tidak mempolitikkan kes tersebut kerana dikhuatiri boleh mengundang keadaan tidak tenteram kepada negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan