*Sekarang kita lihat suasana semakin tak selamat. Jenayah semakin menjadi-jadi. Siapa nak pantau semua ini? Tu hari baru jer Mesin ATM kat Carefour Wangsa Maju kena rompak. Besi pun boleh kena potong. Pukul 3 pagi. Gila tak gila? Yang Heran bin Ajaib... sorang pak guard pun tak perasan... Jenayah makin menjadi didepan mata. Kadang-kadang pecah cermin kereta kat tempat awam, orang plak tak berani masuk campur. Semua orang takut. Rasanya adalah lebih baik NGO dan Kerajaan BN&Pakatan Rakyat bincang macam mana nak ambil langkah menjaga keselamatan awam. Hidupkan balik Rukun Tetangga ke...macam tahun-tahun 70an & 80an dulu. JANGAN ASYIK NAK BERCERAMAH jer pagi petang siang malam. Rakyat kat bawah ni saper nak jaga? WOOOiii dengar tak WOOOiiii... laaa... tengah kuatkan speaker ceramah rupanya...heheheheeee
Suspek bertopeng tembak rumah ahli korporat
Polis menemui 10 kelongsong peluru berukuran 9mm di rumah seorang ahli korporat setelah seorang suspek memakai topeng melepaskan tembakan secara rawak ke arah rumah ahli korporat itu dalam kejadian di Subang Jaya SS19, awal hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Supt Tan Ah Chua berkata dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.45 pagi, mangsa bersama keluarganya, dua orang tetamu dan tiga pekerja sedang tidur.
Beliau berkata berdasarkan siasatan awal menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), seorang suspek memakai topeng dilihat melepaskan 10 das tembakan secara rawak dan mengakibatkan kerosakan ke arah dua buah kereta mewah serta kesan tembakan pada dinding manakala tingkap rumah pecah.
"Ketika kejadian, pengawal keselamatan yang sedang bertugas di rumah mangsa menyangka bunyi tembakan yang dilepaskan adalah bunyi mercun sebelum menyedari itu adalah amaran daripada suspek dan terus menghubungi polis selepas kejadian berlaku," katanya kepada pemberita di tempat kejadian, hari ini.
Tan berkata polis tidak menolak kemungkinan ahli korporat dan keluarganya menjadi mangsa dalam kes ugutan bunuh.
Polis masih menyiasat punca kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971, katanya.
- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan