Rabu, April 02, 2008

traffic jam di KL


Perkara yang paling membosankan di Kuala Lumpur ialah Traffic Jam. Kereta ,lori, teksi dan bas terpaksa beratur panjang. Waktu puncak diawal pagi dan petang memang memeritkan. Traffic Jam sehingga berjam-jam lamanya. Kenderaan bergerak macam siput babi. Bila kerajaan cuba mengadakan keperluan alternatif seperti LRT dan Komuter, kita sangkakan traffic jam akan berkurangan. Rupanya sama juga. Ini berkemungkinan disebabkan semakin ramai rakyat membeli kereta sebagai satu keperluan asas. Tidak kira sama ada mampu atau tidak, semua orang berlumba-lumba mahu memiliki kereta sendiri.


Saya gemar menaiki basikal. Murah dan nampak 'cool'. Memang penat sedikit tapi imbuhannya kesihatan akan semakin baik. Jantung akan semakin aktif. Badan akan berpeluh-peluh membuang toksik. Berhenti sejenak. Eehh jangan nak cari maut, kayuh basikal dijalan-jalan raya Malaysia. Nak arwah cepat, silalah buat. Tiada sesiapa menghalang; tapi kalau kena langgar lari tanggung sendiri. Lagi satu, kita niat bila dapat kayuh basikal kesihatan akan semakin baik rupa-rupanya tidak. Kenapa? Sebab udara di Kuala Lumpur terlalu banyak pencemaran. Makin banyak kita bernafas, semakin banyak pula segala sisa toksik udara seperti Carbon Monoxide, Zinc dan Plumbum terperap kedalam paru-paru. Cukup sebulan, terpaksa jumpa doktor sebab batuk tidak henti-henti. Duit pun habis.

Jadi bila menetap di KL, terimalah seadanya...best sungguh!

9 ulasan:

Elhakim berkata...

tn elmoderator,

masalahnya adalah transport di Malaysia ini tidak cekap.

itulah sebab utama mengapa traffic jam

the indie story berkata...

tn elhakim,

transport di Malaysia tidak cekap atau dulu kementerian kak pidah keluarkan AP tanpa sekatan?

Ya boleh dipertimbangkan juga ketidak cekapan. Tapi kereta import masuk ke Malaysia tanpa sekatan juga satu hal.

JKR kena besarkan jalan juga satu hal. Sistem pembangaunan yang tidak teratur di KL juga satu hal.

Engkau tahu apa kata si director U-Wei satu masa dahulu? Perancangan tapak bangunan di KL ini terlalu kelam kabut? Tak seperti di Paris atau London katanya. Walking side jarang jumpa. Tidak mesra pejalan kaki.

Inikan pula Tn el hakim nak kayuh basikal dari putrajaya samapai KLCC.

Aku rasa disini CF keluar secara semborono.

rastom berkata...

tuan moderator berjanggut perak darul ridzuan! Fasal trafik jam, jawapannya senang saja. Bila kerajaan ada kepentingan mau jual kereta, maka logiknya rakyat digalakkan beli kereta. Kalau kerajaan tiada kepentingan dalam industri automotif, maka mudah saja....wujudkan senario spt undang undang kurangkan kereta disamping upgrade kan public transport..kan mudah gitu hehehe

the indie story berkata...

Yang Mulia Tengku Razaleigh Rastom,

Dengan el hakim saya boleh main -main pancing.

Dengan Tengku Rastom, jangan sesekali bukak topik traffic jam. Orang kuat Tengku Mahaleel ni.

Saranan Tengku Rastom patut dimasukkan kedalam Manifesto Pakatan Rakyat tempohari.

Tuan Rastom, industri automotif bagus. Yang tak bagus anak2 muda dah jadi besar kepala, kasi modifikasi untuk highway racing. Pakai kereta macam pakai basikal. Sebab dah makin murah. Petrol jer mahal.

Tang upgrade public transportation, saranan Tuan Rastom memang brilliant. Boleh difikirkan secara kolektif.

Lrt dah ada, Komuter dah ada. Rasanya lepas ini, nak pakai apa Tuan? Sewa jet pejuang?

Aklil Ayob berkata...

ingat lagi dulu ade pernah ibu saya bercerita tentang zaman sekolahnye....

dia kayuh basikal dari kampung baru ke smk aminuddin baki kampung pandan untuk pegi sekolah.....

dalam hati aku kata,

"takde sape dah yang buat camtu lagi sekarang ni....kalau ade pun mungkin g*le!!!"

bawak basikal kat jalan tun razak!!! KURANG SIUMAN AGAKNYE...

Letting the time pass me by berkata...

Ana pun dulu duduk KL.... tapi Alhamdulillah, sekarang Allah mudahkan rezeki ana, boleh duduk di Kuantan... cuma sesekali pergi KL sebab ada mesyuarat..

Ana memang tak paham sebab apa ramai sangat orang memilih KL, Ana respect orang KL sebab tabah hidup di KL...

Rasanya kalau nak selesaikan masalah trafik kat KL,kena ada dasar insentif pengangkutan... Tetapi masalah yang lebih besar ialah public transport kita tidak reliable....

the indie story berkata...

Salam Muhammad,

Di KL situasinta berbeza sedikit, kalau naik basikal dan bawa kereta dengan berhemah itu memang kurang siuman; tetapi kalau pandu kereta secara laju merbahaya macam orang gila maka itulah "NORMAL".

heh!

Ibu anda mungkin sekadar ingin membuat perbandingan situasi KL dulu dan sekarang. Tapi kalau sekarang, saya rasa bukan sekadar kayuh basikal tapi menunggang motosikal tan[pa helmet pun memang kira nak cari NAHAS.

the indie story berkata...

Salam saudara "letting the time pass me by" (wah panjang betul nick saudara, hah! Takper hamba ringkasakan kepada letting sahaja)

Apa kaba orang Kuantan? Kisah saudara mengingatkan saya kepada seseorang yang boleh dikatakan rapat. RAJA BOWLING dikalangan komuniti islam kami. Hmm...nevermind!

Sedap laa saudara sebab sudah bebas dari Nuraka Traffic Jam. Jiwa tenang...aman damai dan tenteram. Insya'allah.

Ayat terakhir saudara berbunyi "Tetapi masalah yang lebih besar ialah public transport kita tidak reliable...."

Memang itulah yang saya cuba sampaikan didalam tulisan ringkas ini. Duit rakyat telah dilaburkan billion ringgit...alhamdulillah dapat juga merasa naik LRT seperti dalam filem2 Hollywood. Tapi disana mereka panggil SUBWAY. Kategori kita rasanya lebih safety sebab UP-DOWN WAY. hehee

Persoalannya: Kenapa masih sesak dijalan?

Susah-susah sangat, mai kita pakat ramai2 jalan kaki dan kayuh basikal kembali. Tapi tu laa dia...Selamatkah?

Tanpa Nama berkata...

Saya pula sejak pindah kerja KL since 2004 guna KTM komuter ke tempat kerja. Nak sahut seruan kerajaan guna public transport dan reduced traffic jammed.

Tapi memang hampeh.... Sepatutnya peak hours pergi dan balik kerja frequency 15 minit tapi dah 3 minggu frequency 40 hingga 60 minit. Makin teruk dan boleh dikatakan servis dah peringkat darurat dan lumpuh. Kat mana nak mengadu.... Alasan tren rosak. Bangang sangat ke maintenance team tak boleh repair. Mana penyelenggaran berkala. Bila call atau buat aduan kat web site, masalah teknikal... Sampai bila masyarakat marhaen ini diperkotak katikkan...