Khamis, April 03, 2008

Hishamuddin sudah angkat tangan?


Hishamuddin Tun Hussien Onn siang-siang lagi sudah surrender. Beliau berkata tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO. Beliau sedang target new point. Samada ada panah akan kena pada sasaran yang dituju atau terkena balik ke muka tukang panah; sama-samalah kita tunggu.

Beliau dilaporkan memberi alasan, "Saya percaya bahawa 10 tahun saya memimpin masanya sudah pun sampai untuk saya memberi laluan kepada muka baru kepada Pemuda," katanya.

Bila ditanya wartawan sama ada beliau mahu Timbalannya, Khairy Jamaludin bertanding, beliau berkata: "Saya tidak ada hak untuk memutuskan perkara itu, saya hanya boleh buat keputusan untuk diri sendiri". Sila baca lagi...

Macam berbelah bahagi sahaja bunyinya. Beliau tahu kalau beliau menyebelahi Khairy pada kali ini, beliau akan kalah tanpa kompromi. Selepas musim pilihanraya kali ini, pemimpin UMNO mana yang berani sebut nama Khairy. Baik ketua-ketua pemuda peringkat cawangan atau bahagian, semua pakat menikus. Mahu menyokong menantu kesayangan Pak Lah selepas UMNO kena belasah teruk? Free sign-up cari bala lah gamaknya.

Apakah Hishamuddin takut dicabar Mukhriz Tun Mahathir? Atau beliau takut dilangkaui oleh Naib Ketua Pemuda beliau sendiri, Khairy The Rombau?

Ketua Pemuda UMNO itu sebenarnya siang-siang lagi sudah boleh membaca hint yang diberikan oleh ahli-ahli UMNO seluruh negara. Kalau beliau masih stay lagi disitu, alamatnya memang menempah nahas. Hishamuddin masih lagi berahsia tentang posisi baru yang di idam-idamkanya itu, tapi 'sekilas ikan di air...sudah ku tahu...kerusi Naib Presiden.'

Lensa-lensa kamera journalist selepas ini akan banyak tertumpu kepada Mukhriz dan Khairy. Bagaimana pula dengan budak jawa dari Selangor? Khir Toyo hanya bermimpi disiang hari…Jangan harap!

Rupa-rupanya baru terdedah rahsia. Keris panjang yang selama ini selalu dicium-cium oleh Hishamuddin dengan penuh bernafsu pada setiap kali Perhimpunan Agung UMNO itu; sebenarnya ialah keris plastik buatan China. Patutlah banyak kali tikam Mukriz, tidak pernah luka...paham...paham sangat.

10 ulasan:

Noushy Syah berkata...

hehhehe....kris plastic?

It's a good read according to my understanding...

Thanks for the posting.Kinda open my eyes to the style of Msian politics.
I could relate better!

Letting the time pass me by berkata...

Angkat tangan ke, angkat kaki ke, nampaknya pemuda seperti sudah hilang kredibiliti... Saya rasa perebutan UMNO kali ini pasti lebih sengit... Mungkin bekas Ketua Pemuda tidak berpeluang pun untuk bertanding naib Pemuda...

Tapi UMNO perlu perubahan drastik... Rakyat Malaysia kini mempunyai alternatif yang nampaknya berpotensi untuk terus menyaingi BN... Calon-calon MB dan YB daripada Pakatan Rakyat juga mempunyai kelayakan akademik dan merit yang cemerlang...

Cuma kita harap Pakatan Rakyat akan menjadi lebih demokratik dan flexible, dan lebih terbuka dan tidak didominasi oleh sebuah parti sahaja...

Contohnya, pada masa ini Anwar Ibrahim nampaknya begitu relevan sebagai pemimpin Pakatan Rakyat, mungkin dimasa lain pula calon dari DAP atau PAS yang berkebolehan pula memimpin Pakatan ini.... So tiada lagila dominasi sesuatu parti itu....

rastom berkata...

Hishamuddin naik dulu di zaman pancaroba - UMNO bergolak besar. Istilah bidan terjun sangat relevan.

the indie story berkata...

Salam alaik Miss Noushy,

itu kira macam metaphore. mengikut budaya melayu "cakap berkias-kias'.

Sometimes 'kiasan' is more deep hurt. But 'kalau tak paham-paham bahase' juga, memang susahlah.

the indie story berkata...

Salam Saudara letting,

Kita pun tak tau samada angkat tangan itu menandakan surrender atau tandanya kemenangan.

Saya sangat bersetuju dengan saudara letting, UMNO sememangnya perlukan perubahan drastik. Jangan disekat-sekat arus perubahan.

Siapa melawan arus. Dia karam! Mari kita lihat selepas Disember ini siapa dulu yang karam.

Yang pasti bukan Mukhriz.

the indie story berkata...

Pemangku Mudir Madrasah Tahzib Teluk Kumbar Pak Rastom wal ilmu ghaib.

Apa yg Pak rastom katakan itu memang ada kebenarannya.

Bukan sahaja Pendekar keris Plastik, tetapi Najib pun sama 2x5.

Cuba bandingkan track record mereka sebelah menyebelah. Duplicate.

Kedua-duanya sang opportunitis poli TIKUS. Sebab itu cara mereka berpolitik saling tak tumpah macam tikus mondok.

Bila kucing naik haji, tikus2 jadi raja.

Mak Su berkata...

Ya Allah.......

rastom berkata...

Tuan Moderator usahawan Radix Cola!, Mula mula Hisham angkat tangan, tidak lama lagi angkat kaki!

Elhakim berkata...

aku ingat ko lagi layak la bertanding.
buat apa nak pakai keris.
pistol lagi bagus maa..

the indie story berkata...

Bebanyak mengucap Mak Su. hehehe


Tuan Pawang Buaya Nusantara,

Angkat kaki sebab sudah kena hambat.



Guru Muqqadam Tuen el hakim,

keris permainan panglima. pistol permainan pengecut.

pistol pun kadangkala 'system failure'. keris terbang jangan dibuat main.

keris akarnya melayu. melayu itu islam. islam itu melayu. itu pusaka moyang yang telah dikhianti oleh anak2 melayu hasil produk DEB.

pistol itu akarnya barat. barat itu banyak pula yang sesat.