Ahad, Julai 08, 2012

GAMBAR RATU ROCK ELLA KAHWIN.


Ella sah bergelar isteri

  • Bernama
  • 9:56AM Jul 8 2012





Ratu Rock negara Ella, atau nama sebenar Norzila Aminuddin, menamatkan zaman bujangnya semalam apabila sah bergelar isteri kepada juruterbang Azhar Husaini Ghazali.

Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Telok Gadong Baharudin Abu Bakar di rumah keluarga Ella di Telok Gadong di Pelabuhan Klangi, dalam satu majlis tertutup malam tadi.

"Ella rasa syukur segalanya dipermudahkan. Setelah sering ditanya bila akan naik pelamin, Allah makbulkan hari ini," katanya yang ditemui selepas majlis itu malam tadi.

Penyanyi itu mengesat air mata kegembiraan selepas sah bergelar isteri kepada Azhar yang dikenalinya sejak sembilan tahun lepas.

Bernama


Norzila binti Haji Aminuddin atau Ella (lahir 31 Julai, 1966) adalah seorang penyanyi rock Malaysia yang popular. Ratu Rock Melayu! Ella masih memegang rekod tempatan untuk artis laris wanita dengan menjual lebih daripada 300,000 salinan rekod pada waktu puncak kerjayanya. Beliau juga menjadi ikon antarabangsa dan salah seorang Artis terkaya di Malaysia.

Tiada ulasan: