Isnin, Julai 09, 2012

DAPATKAH UNCLE SEEKERS TERUS BERTAHAN???

UNCLE SEEKERS  KELIHATAN BEGITU TENANG.


Tahanan reman ke atas Uncle Seekers dilanjutkan selama 3 hari lagi. Adeek Seekers pun kena sekali. Kesian gadis ni tak pasal-pasal terbabit sama,  mungkin disebabkan kebetulan berada bersama Uncle semasa tangkapan.


Uncle Seekers terkenal kerana keberanian dan out spoken yang dimilikinya dalam menyatakan pendapatnya. Ramai orang tahu Unclke seorang yang mempunyai prinsip tertentu dalam hidup. Disebabkan itu bilamana Tajuk Berita mengtatakan Uncle menagih Morfin, ramai yang tak percaya dan langsung menggeleng kepala. Antara pertanyaan yang berlegar di blog dan facebook ialah : PENAGIH DADAH TENGAH STIM MORFIN MAMPUKAH DRIVING DARI JANDA BAIK SAMPAI KE SENAWANG?  Jauh tuuuuueee... Itulah diantara sekian banyak pertanyaan yang muncul dalam kepala orang ramai....Wallahu'alam...


Persoalannya, DAPATKAH UNCLE SEEKERS TERUS BERTAHAN DENGAN SEGALA TEKANAN YANG SEDANG DIHADAPINYA KINI???


Biar masa yang menentukan segalanya... KEPADA ALLAH KITA BERSERAH... Banyak persoalan masih belum terjawab. 


RAKYAT MALAYSIA SEDANG MELIHAT PERJALANAN KES UNCLE SEEKERS DENGAN PENUH MINAT YANG SANGAT MENDALAM.

Tiada ulasan: