Isnin, Julai 09, 2012

IKAN BAKAR JAWS DI PASAR RAMADAN


Jerung putih ditemui di lokasi filem Jaws


GAMBAR pada 4 Julai 2010 menunjukkan seekor jerung putih besar menerkam umpan anjing laut tiruan dekat Teluk False Afrika Selatan.

Tapi rasanya ikan ini kecik sikit daripada ikan jaws sebenar dalam filem holywood tu. Adakah ini anak Jaws? Apakah selepas ini jerung anak jaws inikan ditangkap dan dibakar di pasar ramadhan? Ikan bakar...Ikan bakar...


Jaws is a 1975 American horror/thriller film directed by Steven Spielberg and based on Peter Benchley's novel of the same name.

File:JAWS Movie poster.jpg
POSTER FILEM JAWS


BOSTON - Sekurang-kurangnya dua ekor jerung putih dilihat tidak jauh dari kawasan penggambaran filem ikan pemangsa berkenaan, Jaws, di perairan bandar Chatham, Pantai Timur Amerika Syarikat (AS).
Berita tersebut menyebabkan seorang pegawai mengeluarkan amaran waspada kepada orang ramai di samping mendorong ramai pelancong berkunjung ke lokasi berkenaan untuk melihat ikan ganas itu.
Perkembangan tersebut turut mendorong pihak pentadbiran bandar Chatham melarang pengunjung berenang dalam lingkungan 100 meter daripada anjing laut.
Haiwan tersebut merupakan makanan kegemaran jerung putih.
Bandar Chatham terletak di pusat peranginan Teluk Cod
"Pada masa ini, kami tidak akan menutup keseluruhan kawasan pantai kepada orang ramai tetapi kami menasihatkan mereka supaya tidak leka ketika berada di laut dan tidak berenang terlalu jauh dari pantai," kata pegawai tempatan, Stuart Smith.
Sebelum ini, sebuah kumpulan penyelidikan jerung tempatan, Cape Cod Shark Hunters memberitahu, pihaknya melihat dua jerung putih di pantai itu pada 3 Julai lalu.
Beberapa gambar yang diperoleh menunjukkan seekor jerung berkenaan memiliki panjang lebih lima meter. - AFP

Tiada ulasan: